Pages

Isnin, 24 Oktober 2011

JATUH CINTA PANDANGAN PERTAMA

"Sejak terpandang wajahmu 
Hatiku bertanya selalu Siapa dia mengikat pandanganku" 



pernah tak korang rasa "JATUH CINTA PANDANGAN PERTAMA"
bukan FIRST LOVE ...mksud jatuh cinta pandangan pertama yg mien nak BEBEL kan, korang SEKALI je JEJAKA atau WANITA korang dah mcm rasa DUNIA BERHENTI SEKETIKA....
hahahaha.... kuat giler kot ilusi tu....tapi benda tu mien rasa smue dah lalui...kecuali memang korg hati batu, memang tak lalui lah...hahaha...


INDAH...
bila korang dah suka @ minat dgn seseorg tu memang korang rasa "DUNIA NIE ANA YANG PUNYA"..
korang rasa mcm rama2 burung2 sentiasa berkicauan kot dekat sekeliling anda...korang rasa BAHAGIA jer bila kamu nampak dia..betul tak????

SENYUM
senyum tak yah cakap ar...memang sampai telinga kot kalu kita bertembung or berborak sekejap..muka tu memang secara AUTOMATIKNYERRRR senyum jer....korang tak sedar perubahan tu tapi kalu ada memba kat situ mmg dieorg nampak perubahan korg...mien AKUI memang bila nampak je HIM tu,senyum mien tu memang kalu bley atas dari telinga..hahahaha....

ANGAU...
pandang kiri nampak bayang HIM..pandang kanan nampak rupa mcm HIM..pendek kata kalu nampk sape2 je mmg bayang HIM je....hahaha..kelakar kan..katakan lah HIM tu pakai cermin mata,saper je jejaka yang pakai cermin mata secara LANGSUNG akan bayang HIM...btol tak????


RINDU...
kita msti tak senang duduk kot kalu tak nampak dia satu hari..kalu jmpe semingu 3 kali memang XCITED lah nak jmpe HIM tu...tgk dari JAUH pun tak perlah dari tak nampak langsung..kalu HIM tu tegur jer, memang nak pengsan kot...hahaha..tapi bila seminggu memang tak nmpk lgsung, msti MOODY kan...mcm tak der MOOD jer nak buat apa jer..ermmmmm

minat HIM tak semestinya kita akan memiliki HIM...mungkin dia dah ada ke yg berkenan, or dia mmg nak SINGLE ker sbb baru lepas putus cinta......ermmmmm ntah lah....
yang pasti memang TAK AKAN BAGITAU him yg kita nie MINAT dia....biarlah ADMIRE jer HIM tu...
hahaha...dan kisah HIM akan jadi kenangan paling INDAH dalam dunia PERCINTAAN ini...


p/s: hahaha memang sdang lalui kot..tapi saya suka status SINGLE saya..ada jodoh ada lah...
YASMIEN RAHMAN

Jumaat, 21 Oktober 2011

TAZKIRAH: Buang Yang Keruh Ambik Yang Jernih~


Sebagai seorang manusia,kita tak lari dari melakukan kesalahan secara sengaja atau tak...kadang2 kita tak der niat pun nak buat seseorang itu terasa...

Yelah jika kita terasa ada orang sindir2 kita, 4sure kita akan geram..paling kurang pun kaki melayang dekat org tu..hahaha...


so hari nie saya membebel tentang 


CARA-CARA MELUPAKAN KESALAHAN ORANG YANG MENYAKITKAN HATI KITA




Tutup buku lama, buka buku baru......


Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.


Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.


Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.


Hari ini adalah lebih baik dari hari kelmarin, dan hari esok adalah pemulaan hari baru yang membahagiakan


Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.


Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.


Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.


tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.


Teguhkan pendirian dan matangkan pemikiran
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.


Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.


Alhamdulillah, lega dah memaafkan orang lain kan… jadi, bila kita melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah kita buang ego jauh-jauh dan memohon maaf. Kita manusia yang tidak sempurna, begitu juga orang lain, memaafkan dan meminta maaf adalah motivasi hidup kita supaya redha, sabar dan tidak mementingkan diri sendiri.


MEMINTA MAAF
Meminta maaf atas kesilapan adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggung jawab seseorang. jika kita telah melakukan kesilapan dan kesalahan yang melibatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia, sebaiknya menyatakan kemaafan itu adalah lebih baik dan bertanggungjawab.


Takut melakukan kesilapan? kita perlu ingat.. semua manusia akan melakukan kesilapan. Ya, memang kita tidak mahu melakukan kesilapan, ia membuatkan kita kecewa dan sedih. Oleh itu kita kena lah belajar dari kesilapan kita, jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan pengalaman hidup supaya kita lebih berhati-hati dalam setiap langkah.


Kesilapan adalah fitrah kehidupan, orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapan dan bangkit dari kegagalan!


Belajarlah dan carilah ilmu supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Orang yang tinggi diri (merasa dirinya bagus) dan sombong memang susah untuk belajar dan mendapat ilmu. Rendahkan diri anda untuk kebaikan dan menadah ilmu dari orang-orang yang berilmu, insyaAllah ilmu itu berkat.


Usah terasa hina dan malu untuk memohon maaf, kerana ia adalah dituntut jika melakukan kesilapan dan kesalahan. Selepas itu, jangan lupa bertaubat (tidak mengulangi kesilapan) dan belajar dari kesilapan itu.


Jika kesilapan itu tidak melibatkan orang, simpanlah sebagai rahsia hidup anda. Dan berusahalah kearah pembaikan supaya kesilapan itu tidak berulang. Jika melibatkan orang lain, cuba sedaya upaya memohon maaf dan berterus terang dengannya supaya tidak menjadi semakin besar dan rumit.. berusahalah perbaiki kesilapan tersebut supaya tidak bertambah parah. dan yang paling penting kenalah belajar supaya tidak berulang...






p/s: ini utk pengingatan diri saya jugak..kerna saya juga manusia biasa....
YASMIEN RAHMAN

Selasa, 18 Oktober 2011

apa itu CINTA ????


CINTA....
kadang2 perasaan tu datang sendiri.....
bukan kita dapat kawal pun perasaan tu...
cinta pun sedang datang dan senang untuk pergi...
kadang2 kita rasa BAHAGIA sbb cinta...
dan bila bahagia pasti MERANA gak sbb cinta...


CINTA...
bukan senang untuk kita jaga.....
bila kita jmpe sesorg yg kita suka tu bertukar JATUH CINTA....
kalu berbalas kira bahagia lah...kalu bertepuk sebelah tangan mmg FRUST tertonggeng sikit lah...
hahaha....
kalau tgk filem romentik mmg best lah bercinta tu...bila tgk jer ending cerita tu mmg kita dapat rasa ar yg "CINTA ITU INDAH"...
tapi kita kena ingat yang kita di bumi yg REALITI bukan FANTASI.....



CINTA...
yang kekal abadi mmg cinta kita kepada PENCIPTA kita...
memang COMFIRM ar tak akan KECEWA....
dan cinta kita kepada KELUARGA....memang tak akan buat kita MERANA....
cinta pada mereka berdua yg buat kita rasa KEINDAHAN CINTA YANG SEBENAR....



p/s: tak tau membebel pe..sbb raya kesejukkan di hujan nie..hahaha...lantak lah BLOG SAYA kan...
~Yasmien Rahman~

Isnin, 17 Oktober 2011

melayan kejiwangan di HUJAN hari....


dah hujan petang-petang nie...mulalah melayan kejiwangan...
hahaha...so skng nie mien suka lagu lama ini...
yelah maner ada dah lagu skng rentak2 or video klip mcmnie...
so jom layan lagu nie bersama2 di petang hari yg kehujanan ini....


p/s: padahal tgh in love kot..hahaha...cinta bertepuk sebelah tgn jer..minat sorg2 jer..hahah
Yasmien Rahman

Isnin, 3 Oktober 2011

RINDUWWWWW dekat BLOG nieeee!!!!

cakkkkkkkkkkkk....
lama giler kot tak online...
tak mem BEBEL dekat sini...aduhhhhh.....
tak tau lah...nak cite mmg mcm2 kot berlaku....
tapi on9 nie pun kejap jer..
sbb nak uat TUTORIAL....
nway nanti ada masa mien akan citer semua skali....
okielah nak sambung uat tutorial jap....
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

comel tak??? first time pakai tudung bawal kot..hahahha


xoxo
yasmien rahman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...