Pages

Khamis, 12 September 2013

Cinta Tak Boleh Di PAKSA.....

Dear Blog,

Apa itu CINTA? post mien yang lepas lepas lepas mien ada berpuisi tentang apa itu "Cinta"...
hahaha... so kali nie mien nak membebel tentang "Cinta tak boleh dipaksa"...

Kita mesti pernah jatuh cinta dan pasti pernah rasa jugak putus cinta...
lagi-lagi cinta yang kita rasa dia adalah pemilik hati kita...
bila kita putus cinta pasti kita inginkan PELUANG KEDUA untuk menjadi sempurna dimata dia dan nak lakukan yang terbaikkkkk... sbb mungkin kita nk baiki kesilapan yang kita lakukan dlm perhubungan dulu..
kes ini terjadi pada orang "cinta mati" lah... kira frust tertonggeng2 berguling2.... hahahaha

Patut ke kita memberi peluang kedua atau menerima seseorang yang pernah buang anda yang mcm sampah atau tinggalkan anda tanpa sebab???
kalau ikut kata MINDA pasti jawapannya TIDAK kerana dia pasti melakukan benda yang sama pada anda..
Tapi kalu ikut kata HATI pasti jawapannya YA kerana dia kononnya masih syg anda dan kononnya dah berubah ...
MUNGKIN ada insan2 yang sedar akan kesilapannya dan ingin peluang kedua untuk berubah tapi hanya SEGELINTIR bukan semua terutamannya kaum LELAKI...

Bila hati seseorang TIDAK sayangkan diri kita, berkorbanlah apa sekalipun hatinya tidak akan sayangkan kita... 
Jadilah sesempurna mana pun dia tak kan nampak kebaikan kita...
Jadilah sebaik yang mungkin, dia tak kan PANDANG pun diri kita..
Bagilah WANG RINGGIT atau kemudahan pada dia, sikit pun dia tak hargai kita dgn ikhlas
kerana hatinya tidak ada SAYANG pada kita dan "Cinta tak boleh dipaksa"

Ya,dulu dia pernah sayangkn kita SEPENUH HATI dia...
Ya,dulu dia pernah MENITISKAN AIR MATA dia utk kita...
Ya,dulu dia pernah MENJAGA dan MENGAMBIL BERAT tentang kita

tapi itu DULU... Manusia boleh berubah hanya SEKELIP MATA...
janganlah kita buta dengan diri dia yang dulu.. kadang2 kita hanya dipergunakkan untuk kepentingan diri dia.... kerana itu lah manusia...

Janganlah kita buta hati dan buta mata bila dia kembali pada kita dengan tiba2..
jika btol dia ikhlas dengan diri kita pasti dia akan bersungguh2 ingin kita kembali..
kita boleh nampak kalu btol2 kita sayangkan hati kita..kerana bila dia tinggalkan kita,kita tidak akan jatuh mcm dulu...
Janganlah kita hidup dengan kenangan manis yang dulu.. kerana itu hanya KENANGAN bukan REALITI...

kepada mereka yang diberi peluang kedua, janganlah anda melakukan kesalahan yang sama..
jika niat anda hnya utk suka2 atau utk kepentingan sendiri,hentikan.. kerana hati wanita bukan utk disakiti.. dan anda perlu ingt setiap perbuatan kita lakukan pasti akan dibalas sama ada cepat atau lambat...

SINGLE? jangan takut dengan status SINGLE kerana kita single sbb kita ingin seseorang yang boleh menjaga hati dan membawa kita ke jalan yang benarrrrrr... hehe
actually single ini best tau.. tak terkonkong dan freedom... tak payah takut dengan menjadi "andartu a.k.a anak dara tua.. kerana JODOH dan KEMATIAN kita dah ditetapkan.. so GO WITH THE FLOW...

Pesanan terakhir untuk diri sendiri dan gadis-gadis semua :

Kesilapan SEORANG WANITA yang selalu dilakukan

  • bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
  • bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
  • bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..



Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI..wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..



makanya, SELAGI BELUM PASTI..jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH..JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..



dirimu amat MULIA, maka..untuk dapat merasakan BAHAGIA hadir di sisi, kamu perlu LEBIH TABAH dan BERHATI-HATI dengan dugaan di sekelilingmu...........




XOXO
Yasmien Rahman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...