Pages

Ahad, 6 Januari 2013

Mengatasi Rasa Patah Hati .

Setiap orang pasti pernah merasakan rasa patah hati atau kecewa kan??
yang membezakan adalah tahap rasa kekecewaan tu...
ada yang rasa kecewa yang sementara atau minor
 tapi ada jugak yang rasa kecewa yang TERAMAT sangat sampai rasa sakit bagai 
"JATUH DITIMPA TANGGA TERGOLEK DAN KENA TAIK LEMBU"
dasyat tak?? yang dasyat lah itu aku pernah lalui...

MINGGU PERTAMA LALUI :

Masa mula2 di tinggalkan memang agak meroyan (dasyatkan)
memang rasa kena HEMPAP dengan batu bersurat tuuu...
menangis memang TEMAN SETIA pada masa tu..
kawan2 hanya mampu simpati dan menasihati (terima kasih sahabat)
tapi minggu pertama kan semua benda jadi tak kena ..
selera makan mati dan rasa mcm tak guna lagi hidup nie.. (bodoh kan pikir mcmtu)

MINGGU KEDUA LALUI :


MENANGIS masih menjadi teman setia..duduk terperap dalam bilik..
peluk baju2 yang milik dia..tengak gambar2 dia..
dan menangis menangis menagis.........

MINGGU KETIGA :

mula mendekati pada MAHA PENCIPTA...
mula menerima hakikat yang memang dia dah buang kita.
menerima takdir dan PASRAH & REDHO...
dan cuba menjadi KUAT untuk tempuhi dugaan dan cabaran ini...


KESIMPULAN :
kesimpulan yang boleh dibuat adalah,kita hanya insan biasa..
insan yang perlu lalui juga dugaan yang telah ditetapkan oleh maha PENCIPTA..
kita sebagai hambanye perlu redo dan pasrah..kita tak boley biarkan diri kita jatuh terlalu lama..
betul memang susah kita nak bangun balik,tapi bila kita cuba bangun kembali kita pasti akan menjadi lebih TABAH untuk harungi semua dugaan yang akan datang..
BERTERIMA KASIH kepada dia yang berjaya buat kamu jatuh tersungkur tu sbb kerana dia kita tak tau yang kita SELEMAH itu...

CARA YANG DILAKUKAN UNTUK KEMBALI TABAH :

  1. Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa.
    - apa yang berlaku pasti ada sebab nye..mungkin kita terlalu LALAI sebagai hambanya..kita lupa pada tanggungjawab yang WAJIB kita lakukan..percayalah bagi mereka yang selalu di duga adalah hamba yang DIA sayangi..yakinlah ALLAH s.w.t  maha mengetahui,dia sentiasa menguji hambanya mengikut kemampuan hamba itu sendiri..


  2. Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.
    -jika PUNCA yang berlaku atas kesalahan sendiri, jangan terus menyalahkan diri sendiri..kita dah cuba buat yang terbaik,kita juga dah cuba untuk memperbaiki kesalahan kita dengan cara MELUTUT MERAYU pada dia tapi dia tetap BUANG kita,jadi BERHENTI MERAYU pada dia..lebih  baik merayu kepada MAHA ESA. pikirlah secara POSITIF..jika kita dah beri yang TERBAIK percayalah yang dia tidak akan JUMPA SEBAIK KITA bila dia carik penganti kita nanti... dan kita perlu ingat mungkin ALLAH jauhkan kita dari dia sebab nak jauhkan diri kita dari melakukan dosa2 yang kita tak sedari...
  3. Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda.
    -memang susah nak carik tempat yang untuk menenagkan jiwa sebab setiap pelusuk pernah ada kenangan dengan sidia so mcmaner nak tenang? memang setiap tempat pasti ada kenangan manis dengan dia. so cara ini memang tak berkesan untuk mien..mien hanya tenangkan jiwa dengan mendengar zikir penenang jiwa...
  4. Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat.
    - ini memang menjadi..keluar dengan kawan2 .. DENGAN SYARAT jangan cerita TENTANG si dia yang telah kecewakan anda..sebab bila kita cerita tentang dia,kita kembali teringat kan dia dan pasti akan sakit balik.. percayalah..!!!
  5. Habiskan masa bersama keluarga
    - cukup2 lah kita spendtime dengan dia dulu.. masa kini habiskan masa dengan mama, daddy atau mungkin dengan anak2 buah...anda pasti akan lupa rasa kecewa tu walaupun ia mengambil masa...

    RINDU? memang akan rasa rindu tu datang bila kita nak tidow dan bila bangun tidow..
    kita mesti mengaharap SMS dan CALL dari dia...
    jika kita rasa rindu yang teramat berDOA lah pada ALLAH s.w.t..
    merayu , menangislah pada MAHA ESA, kerana kita hambanya..
    berdoalah untuk dia kembali pada kita...
    dan berdoalah untuk kita tabah menlalui semua dugaan ini....

    INGAT : jika memang dia PEMILIK tulang rusuk kita,pasti dia akan milik kita secara HALAL nanti...
    xoxo
    Yasmien Rahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...