Pages

Khamis, 14 Februari 2013

Cuti Semester telah BERAKHIR...!



Sedar tak sedar dah sebulan seminggu berlalu... Rasa terlalu cepat masa berlalu bila bercuti nie.. Bila cuti dah berakhir pasti semester baru akan muncul.. kelas akan bermula..assigment akan diberi...



Semester lepas telah memberi kesan yang amat mendalam bagi diri mien.. banyak kesilapan telah dibuat.. telajak perahu boleh diundur,telajak perbuatan ia akan menjadi kenangan.. sama ada kenangan itu kenangan manis atau pahit..

Walaupun banyak kesilapan telah dilakukan pada semester lepas, ada juga kenangan manis yang mien akan merindui... dalam masa 4bulan sahaja, banyak perkara telah berlaku... Itulah KEHIDUPAN...

KENANGAN MANIS mien akan ingat Sampai bila-bila dan KENANGAN PAHIT mien akan jadikan pengajaran supaya tidak akan berulang lagi...

Untuk semester baru ini serta tahun 2013 ini, mien telah berjanji pada diri mien untuk melakukan perubahan walaupun perubahan itu mungkin perubahan kecil... setiap manusia pasti ada keinginan untuk berubah, untuk melakukan perubahan itu bukan senang,kerana persekitaran kita memainkan peranan yang sangat penting.. keazaman yang tinggi diperlukan untuk mengharungi setiap dugaan dan cabaran yang akan dilalui...

Ini merupakan azam mien bila bukak semester 2013

  • Tak nak datang lewat ke bilik kuliah
  • Tak nak buat kerja last minit terutama ASSIGMENT
  • Tak nak "BERCINTA" (haha..!) LOL
  • Tak nak wujudkan "konterversi" di kolej
  • Ingin mengulangkaji setiap subjek bila abis di ajar oleh pensyarah..
  • Tak nak ada KONFLIK dgn pensyarah
  • Ingin mendapat 3.0 pointer (InsyahAllah)
Walaupun ada azam yang susah dicapai,tapi mien tetap ingin berusaha..tak dpt tunaikan semua azam itu, atleast salah satu itu akan berjaya...
Mama & Ayah

Mama & Abah


Doa Mama dan Ayah akan membantu anak-anaknya berjaya... Doakan kejayaan dan kebahagiaan mien juga ya... :)

XOXO
Yasmien Rahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...