Pages

Selasa, 30 Disember 2014

Terima Kasih 2014 :)

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia....

Acecehhhh macam nak berpidatol pulak...

CAKKKKKK.... lama betul dan ber"blog" nie..
bukan berhabuk jee agaknya dah bersarang-sarang...

Tahun 2014 akan meninggalkn kita lagi beberapa hari lagi..

So mien just nak uat RUMUSAN apa yang berlaku sepanjang 2014 ini....

Februari - Julai 2014

  • Sepanjang 6 bulan pertama 2014 ini mien merupakan pelajar semester akhir. Untuk sempurnakan sesi pembelajaran ini mien perlu semester "Praktikal" kiranya ini 1st time lah praktikal sbb masa diploma kat Kolej Astin tak ada praktikal sebab kena buat "tesis". So "not bad" lah semester praktikal nie.. kiranya utk didedahkn alam pekerjaan. yelah 5thn blajar (Diploma - Ijazah) teori jeeee skng utk amali pulak. 6bulan bukan satu jangka masa yang lama. mampu belajar yang basic je... Mien praktikal di RY Creation lebih kepada department kewangan.(sebenarnya cita2 masa kecik mmg nak jd akauntan tp blajar kos lain, jadi cita2 jadi angan2 jeeee....) Banyak jugak kenangan masa praktikal.. kenangan tak ley lupa adalah kena saman dgn MBSA sebanyak 18kali ... so paham2 jelah kompaun nyeee...


Warga RY Creation yang sangat Superbbbbbb....


    • Bulan June 2014 ofcosss bulan yang dinanti sebab "Sweet 25th" hahaha.. salah satu moment yang sangat terindah. Tak sambut kat tempat grand2 pun.. dapat sambut dgn orang tersayang (Family..Sahabat Jannah dan Ehemm ehem Cinta hati) hahaha... Ada 2 suprise party... auwwww so sweettt kan... hihi

    Birthday Girl :)


    Kesayangan <3 <3 <3






    Kek Kegemaran Saya






    Auwwwwww.... so sweet my Sahabat Jannah


    September 2014

    Bermula alam pekerjaan sebenar.. Alhamdulillah akhirnya dapat kerja setelah tamat pengajian . tapi time nie belum konvo lagi. abis je mood raya terus carik kerja melalui jobstreet.com ... kat situ memang banyak sgt peluang pekerjaan. nama pun "Fresh Graduate" so nak deman gaji sampai 3k memang tak dapat lah kannn... cukuplah utk lepas diri sendiri dgn komitmen yg sedia ada. so bila dah masuk alam pekerjaan nie mmg agak terkejut jgk lah bila jumpa mcm2 jenis org "profesional" nie.. dulu pun pernah jugak kerja sblom blajar diploma tapi situasi "Pejabat" memang lain sangt sangat...
    biasalah saya budak baru belajar kan.. so nak tak nak kena biasakan diri dengan org2 profesional ini...

    November 2014

    Yey.. Bulan yang dinantikannnnnn... bulan Konvokesyennnn... setelah 3thn kerah otak akhirnya 9 Nov 2014 hari yg patut diraikan.. memang ada org ckp "eleh konvo ijazah je pun" tp mien bukan tergolong dlm golongan bijak pandai "genius" kannn.. so mien berbangga jugak akhirnya mien dpt segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan. Alhamdulillahhhhh....bolehlah simpan sijil dan gambar untuk anak cucu cicit.. hihihi


    <3 <3 <3 <3


    Sahabat Jannah..


    Bersama keluarga dan teman yang susah senang bersamaaa.. love uolssss...


    YasmieNellAtien


    bersama sebahagian rakan seperjuangan


    USM here i comeeee... hahaha




    5tahun menunggu detik utk baling topiii... hahaha


    Cinta Hati MHS <3 RNY


    Disember 2014

    Bulan yang dinantikan.. kiranya bulan 12 nie bulan "Cinta Hati" (mcm pelik lah plak) hahaha.. bulan nie merupakan bulan yg sangat sangat sangat bermakna dlm hidup mien.. nak tau kenapa??? no no no no...Secrettttttt! Biarlah rahsiaaa.. hihi tanggal 25 adalah episod cinta hati bermula.. hingga kini alhamdulillah masih untuh bersama.. Harap ia kekal hingga ke akhir hayat.. (InsyaAllah)



    Setiap Tahun pasti ada kenangan Gembira..Sedih..Kecewa..Merana.. Kita mampu merancang yang terbaik utk diri kita tetapi hanya Pencipta kita yang mampu berikan mana yang terbaik utk hambanyaa.. dan kita harus tabah dgn setiap dugaan yang diberi olehNya.. Kerana Allah menyayangi hambanya dengan memberi dugaan yg setimpal dengan kemampuan hambanyaaaa...

    Pasti tahun 2015 merupakan tahun yang sangat sangat sangat mencabar dalam hidup mien.. (cehhh mcm tau je apa jadii) apa pun terjadi mien tetap akan tempuhi dengan tabah dan sabar serta pasrah dengan apa yg berlaku... 

    Moga kita jumpa lagi "Tahun Depan" (InsyaAllah) dan jika umur mien panjang, Blog ini pasti akan ada cerita yang baru dgn episod yang baruuuuu... hihihi...

    P/S: Ampun maaf kepada semua yg mengenali diri ini jika ada terkasar bahasa..terasa hati..terlepas kata dan semua yang ter..ter..ter... secara sengaja dan tidak sengaja....

    XOXO
    Yasmien Rahman

    Isnin, 2 Jun 2014

    Hello June..


    Cakk...
    hari ini bermulalah minggu pertama bagi bulan June 2014..
    Ada apa dengan JUN?
    Hahaha.. Jun adalah bulan pertengahan bagi setiap tahun (ini fakta)
    dan Jun juga bulan kelahiran saya...
    ok sesiapa lahir bulan Jun sila angkat hidung!!!...

    Tak kisahlah bulan Jun ke Julai ke mahupun Ogos, setiap hari dan setiap bulan mahupun setiap tahun baru kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.. (iyee dok?)

    Begitu juga dengan mien..
    Bulan Mei 2014 agak sukar cabarannya..
    dan sesukar mana pun mien hadapi jugak..
    kerana mien tak ada pilihan selain untuk menghadapinya..
    tak kisah lah tersungkur ke,terjelepok ke mahupun terjunam pun mien kena lalui..
    kerana apa,kerana setiap cabaran dan dugaan yang diberi oleh Ilahi mempunyai hikmah yang tersendiri..
    terpulang pada kita untuk melihat HikmahNya sebagai apa...

    Kesimpulan yang mien dapat huraikan, 
    " Jangan terlalu mengharap pada sesuatu perkara"
    tidak salah untuk mempunyai impian atau perancangan .. 
    tetapi apa yang di impikan atau dirancangkan belum tentu kita akan dapat.. 
    jika kita terlalu sangat mengharap, ia akan memberi kekecewaan yang sangat sangat mendalam..

    kekecewaan bukan sahaja dalam perhubungan jer, dalam pelajaran atau perancangan mahupun keinginan terhadap barang idaman pun boleh mengundang kekecewaan..

    Setiap orang ada deria ke6 kannnn..
    begitu juga dengan mien.. 
    mien merasakan bulan Jun utk tahun ini adalah sama mcm tahun2 yang lepas..
    bulan Jun 2014 bukan bulan yang mien mengharapkan "miracle"...

    Walaupun apapun mien akan SENYUM dan terus TERSENYUM...
    kerana apa? senyum boleh nampak muda... :)


    Nampak muda tak??? hehehe :)

    Love,
    Yasmien Rahman
    xoxo

    Ahad, 30 Mac 2014

    Ku sahut dengan selebar SENYUMAN..


    Ya Allah
     izinkan aku menulis luahan hati ini
    Luahan yang aku pendamkan sendiri bukan untuk meminta simpati tetapi untuk meredakan hati atas ujian yang diberi

    Telah kau titipkan aku seorang lelaki
    yang mampu membuat aku tersenyum kembali
    yang mampu membuat aku ketawa riang
    kau izinkan dia hinggap di hati ini
    kau pamerkan segala cirinya padaku
    kau bukakan hatiku untuk membuka pintu hati ini yang telah lama terkunci
    dan hati kecilku ini berbisik
    "adakah dia yang Terbaik buatku" 
    "Adakah dia tercipta untuk menjadi imamku"
    Ya Allah
    ku Berdoa semoga kau tunjukkanku segalanya
    dan disaat dia memberikanku harapan
    kau terus izinkan ku melangkah kehidupan ini bersama dia
    kau suburkan rasa didalam hatiku ini
    dan ku syukur diatas kurniaanmu itu
    Ucapan Terima Kasih untuk mu selalu ada di dalam setiap Sujudku

    Namun kini, cerita lain yang kau persembahkan buatku
    Ya Allah aku tahu kau selalu Inginkan yang terbaik untuk Hambamu ini
    ku Pasrah ku akur dengan Jalan Ceritamu
    Kau kuatkanlah aku
    Aku merayu padamu didalam setiap doaku buatmu


    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim …
    Berikan aku kekuatan di saat aku rebah
    Berikan aku Ketenangan di saat jiwa ku patah
    Berikan aku kedamaian di saat hati dan jiwaku kusut dan terbelah
    Berikan aku seluhur kasih sayangMu Ya Allah…
    Berikan aku semurni cintaMu
    Berikan aku semua rasa kebahagiaanMu

    Ya Allah..
    Tiada tempatku mengadu selainMu
    Tiada tempat ku bergantung harap selain kepadaMu
    Aku redha dengan setiap dugaanMu
    Ku sahut dengan selebar SENYUMAN

    Pedih..Perit..
    namun SABAR tidak pernah lenyap dalam diriku 
    Ku hanya meminta sesuatu yang tidak keterlaluan
    "TABAHKANLAH HATIKU" Ya Allah..
    Hanya itu permintaanku

    Ya Allah
    Perkenankanlah doaku ini
    Aku merayu kepadaMu
    Semoga memberi lebih HidayahMu
    untukku jadikan kekuatan dalam perjuanganku...


    XOXO
    Yasmien Rahmman

    Khamis, 6 Mac 2014

    SaturDATE with Beloved Madam Rosemary Cabasag @ Zaidah


    Cakkkkk...
    Sabtu lepas mien date dgn madam Rosemary...
    kiteorg g Subang Parit Parade, kat subang jaya....
    kiteorg just window shopping jerrr...

    sambil-sambil berjalan nie terjumpa lah pulak kedai Ronasutra..
    semua wanita kat malaysia nie msti tau tentang produk ronasutra nie (Yelah kot)
    hehe.. so mien review sikit tentang produk ronasutra nie..


    Apa itu Ronasutra?


    Ronasutra ialah sejenis mineral foundation & powder.

    1) Bedak solekan lengkap yang diperbuat 100% dari bahan galian dan mineral.
    - Ia bebas dari sebarang talkum, pewangi, pengawet, bahan kimia, ekstrak haiwan atau tumbuhan dan juga minyak. Ia berfungsi sebagai `foundation', bedak dan pelindung matahari.

    2) Menaikkan seri dan menyempurnakan wajah anda.
    - Tekstur bedak yang padat, tebal dan `creamy' tetapi halus menghasilkan kemasan/solekan yang semulajadi dan tidak bertepung/bertepek atau melebamkan.

    3) Hanya perlu gunakan sedikit sahaja.
    - Satu sapuan mampu menyembunyikan cela, parut serta kedut halus. Kilauan semulajadi batu galian menampakkan wajah anda yang remaja, segar dan berseri terutamanya jika anda berwajah lesu dan pucat.

    4) Tahan sehingga 16 Jam.
    - Tidak cair, berminyak atau menyumbat pori-pori kulit walaupun dalam cuaca panas atau selepas aktiviti riadah.

    5) Lain dari yang lain!
    - Formula dan kandungan yang suci, halal dan bebas pewangi.
    - Boleh dipakai pada waktu solat atau ketika menunaikan ibadat Haji/Umrah tanpa sebarang was-was
    -.Boleh dipakai di waktu tidur tanpa menyebabkan pemudaratan pada kulit.
    -Warna-warna dicipta khas untuk kulit Asia (tanpa penggunaan pigmen biru yang lazimnya terdapat dalam bedak solekan lain)

    6) Tiada tarikh luput.
    - Boleh disimpan-pakai sampai bila-bila tanpa rosak atau ditumbuhi kulat.

    7) Sesuai untuk semua jenis kulit dan umur.
    -  Boleh digunakan oleh perempuan atau lelaki.


    Haaaa ... tulah dia Ronasutra..so mien dengan mama pun test makeup disana sebab perkhidmatan makeup adalah PERCUMA !..
    dan hasilnyeeeee.....
    Mama guna full produk ronasutra
    Mien guna bedak loose powder jee



    kan orang pernah kata makeup nie boleh dikatakan "MAGIC TOOLS"
    so semua orang bley jadi cantik...
    TETAPI kecantikan wanita yang sebenar adalah dari "hati" bukanlah paras rupa...
    hehehehe


    we LOVE Ronasutra


    My Maganda Mama

    Selasa, 25 Februari 2014

    Berakhir sudah peperangan di medan peperiksaan

    Muka Excited Abis exam Awal..
    (LAST PAPER)




    Detik jam 17.15 pada 15 januari 2014 berakhir lah pertempuran di medan peperangan peperiksaan untuk Ijazah Pengurusan Perniagaan Semester ini...
    Alhamdulillah Keputusan pun telah diberitahu dan semua subjek LULUS ! 
    Setelah 5 tahun bertungkus lumus dan kini sampai juga di kemuncaknyeee...
    Yey boley grad......!!! Yahooooo

    Mien bukan lah "Best Student" di kolej tapi mien rasa happy sangat sbb dapat juga menamatkan kursus ini..
    walaupun orang kata "tak repeat paper bkn student namanye"..hehe

    Last day exam. kiteorg celebrate dekat OneCity Mall di shah alam   subang jaya.. tengok cerita hantu Thailand..
    paham2 jelah kalu cite thailand..walaupun cite hantu tetap jadi lawak..
    hampir nak berguling2 gelak sebab lawak sengal sangat..
    fyi kami BOOKING satu hall tu untuk student astin ONLY... hahaha

    Untuk semester ini kami ada tanggungjawab terakhir..iaitu berLatihan Amali...
    kebanyakkan antara kami praktikal kat selangor je...
    cuma hero hindustan kita je yang tercampak jauh di JB..

    So kepada Rakan2 seperjuangan, selamat menempuhi pra-alam pekerjaan..
    berbaktilah dengan bersungguh2..dan jaga lah nama kolej yang kita sayang sendat2 nie..
    hehehe...
    kita akan berpesta di USM penang bulan 9 ini.. Insya'Allah

    XOXO
    Yasmien Rahman

    P/s: Rindu nak breakfast kat alfa...tak dapat usha Cinta Hati MHS dah.. hahaha...




    My beautiful Ladies
    Buddyz Selamanya
    Couple Terhangit di Astin.. LOL
    Bersama Pensyarah yang tak pernah ajar kami...hehe
    mereka sgt sporting <3 
    Kami Geng Gagah Perkasa

    Sabtu, 22 Februari 2014

    Bye Bye Encik KERANG....

    Cakkkk...
    Pernah x makanan kegemaran korg tapi xley makan...
    Itulah terjadi pada mien..
    Mien telah disahkan bahawasanya yasmien rahman telah didapati alergik kepada encik kerang... so sadddddd :(

    Kalu u olss nak tau kerang adalah salah satu makanan  KEGEMARAN yang tidak boleh tidak makan.. 
    lagi2 dapat kerang yang tembam2..
    Memang tergugat keimanan seleranyee..

    Tapi sekarang tidak lagi.. 
    walaupun mulut kata TIDAK tp hati ini meronta2 NAK lagi..
    tapi bila dah makan kerang wpun satu ketul,kaki lah akan menjadi mangsanyee..
    Nak dijadikan cerita..memang tak dibenarkan lagi makan kerang.. 
    walaupun dalam masakan pun tidak boley...
    kalu degil jugak..memang kena cucuk bonbon lah jawabnyee... Tidakkkkkkkkkk......!!!!!!!

    ini lah akibat kalu makan KERANG...
    Moral of story: say NO to KERANG... kepada family, BFF dan Cinta Hati sekalian jangan makan kerang depan saya ya.....



    Jumaat, 3 Januari 2014

    Selamat Datang 2014... Selamat Tinggal 2013

    Cakkk...
    Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2014..
    Cepat kan masa berlalu..
    dalam tak sedar mien dah pun masuk TAHUN AKHIR .. Yahooooo !!!!
    tapi belum MERDEKA sepenuhnya... sekarang nie masih mood "Final EXAM"...
    ada 3 paper lagi belum dihabiskan...masih menghitung detik 15 Januari 2014...

    Habis je Exam nie mien akan menempuh cabaran "Latihan Amali"...
    Harap semua akan berjalan dengan lancar.. InsyaAllah

    Ada gaya jadi heroin cite Hunger Game x?
    Hehehehe
    Kenangan tahun 2013 mengajar mien untuk menjadi lebih tabah dan matang dalam membuat sesuatu keputusan dan lebih berhati2 dalam apa juga keadaaan dan tindakan yang nak dibuat..
    tapi apa yang buruk berlaku pasti ada hikmahnya kan... 
    itulah kehidupan kan.. tak akan rasa manis kehidupan jika xda dugaan atau cabaran yang tidak pernah kita jangka...

    Bila tahun 2014 datang umur kita juga akan berubah... nak masuk geng umur "25"... TIDAKKKKK
    tapi muka masih lepas SPM kannnn... hahahaha.. itu yang kita mahukan..

    So tahun baru kena ada azam baru kan???
    Mien masih nak laksanakan azam lama yang belum tercapai..
    apakah azamnya?? biarlah rahsia...


    p/s: Awal2 lagi dah kena tinggal sorg2 sbb exam week kan... xdpt join family holiday :(

    XOXO
    Yasmien Rahman

    Khamis, 12 September 2013

    Cinta Tak Boleh Di PAKSA.....

    Dear Blog,

    Apa itu CINTA? post mien yang lepas lepas lepas mien ada berpuisi tentang apa itu "Cinta"...
    hahaha... so kali nie mien nak membebel tentang "Cinta tak boleh dipaksa"...

    Kita mesti pernah jatuh cinta dan pasti pernah rasa jugak putus cinta...
    lagi-lagi cinta yang kita rasa dia adalah pemilik hati kita...
    bila kita putus cinta pasti kita inginkan PELUANG KEDUA untuk menjadi sempurna dimata dia dan nak lakukan yang terbaikkkkk... sbb mungkin kita nk baiki kesilapan yang kita lakukan dlm perhubungan dulu..
    kes ini terjadi pada orang "cinta mati" lah... kira frust tertonggeng2 berguling2.... hahahaha

    Patut ke kita memberi peluang kedua atau menerima seseorang yang pernah buang anda yang mcm sampah atau tinggalkan anda tanpa sebab???
    kalau ikut kata MINDA pasti jawapannya TIDAK kerana dia pasti melakukan benda yang sama pada anda..
    Tapi kalu ikut kata HATI pasti jawapannya YA kerana dia kononnya masih syg anda dan kononnya dah berubah ...
    MUNGKIN ada insan2 yang sedar akan kesilapannya dan ingin peluang kedua untuk berubah tapi hanya SEGELINTIR bukan semua terutamannya kaum LELAKI...

    Bila hati seseorang TIDAK sayangkan diri kita, berkorbanlah apa sekalipun hatinya tidak akan sayangkan kita... 
    Jadilah sesempurna mana pun dia tak kan nampak kebaikan kita...
    Jadilah sebaik yang mungkin, dia tak kan PANDANG pun diri kita..
    Bagilah WANG RINGGIT atau kemudahan pada dia, sikit pun dia tak hargai kita dgn ikhlas
    kerana hatinya tidak ada SAYANG pada kita dan "Cinta tak boleh dipaksa"

    Ya,dulu dia pernah sayangkn kita SEPENUH HATI dia...
    Ya,dulu dia pernah MENITISKAN AIR MATA dia utk kita...
    Ya,dulu dia pernah MENJAGA dan MENGAMBIL BERAT tentang kita

    tapi itu DULU... Manusia boleh berubah hanya SEKELIP MATA...
    janganlah kita buta dengan diri dia yang dulu.. kadang2 kita hanya dipergunakkan untuk kepentingan diri dia.... kerana itu lah manusia...

    Janganlah kita buta hati dan buta mata bila dia kembali pada kita dengan tiba2..
    jika btol dia ikhlas dengan diri kita pasti dia akan bersungguh2 ingin kita kembali..
    kita boleh nampak kalu btol2 kita sayangkan hati kita..kerana bila dia tinggalkan kita,kita tidak akan jatuh mcm dulu...
    Janganlah kita hidup dengan kenangan manis yang dulu.. kerana itu hanya KENANGAN bukan REALITI...

    kepada mereka yang diberi peluang kedua, janganlah anda melakukan kesalahan yang sama..
    jika niat anda hnya utk suka2 atau utk kepentingan sendiri,hentikan.. kerana hati wanita bukan utk disakiti.. dan anda perlu ingt setiap perbuatan kita lakukan pasti akan dibalas sama ada cepat atau lambat...

    SINGLE? jangan takut dengan status SINGLE kerana kita single sbb kita ingin seseorang yang boleh menjaga hati dan membawa kita ke jalan yang benarrrrrr... hehe
    actually single ini best tau.. tak terkonkong dan freedom... tak payah takut dengan menjadi "andartu a.k.a anak dara tua.. kerana JODOH dan KEMATIAN kita dah ditetapkan.. so GO WITH THE FLOW...

    Pesanan terakhir untuk diri sendiri dan gadis-gadis semua :

    Kesilapan SEORANG WANITA yang selalu dilakukan

    • bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
    • bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
    • bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..



    Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI..wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..



    makanya, SELAGI BELUM PASTI..jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH..JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..



    dirimu amat MULIA, maka..untuk dapat merasakan BAHAGIA hadir di sisi, kamu perlu LEBIH TABAH dan BERHATI-HATI dengan dugaan di sekelilingmu...........




    XOXO
    Yasmien Rahman

    Khamis, 14 Februari 2013

    Cuti Semester telah BERAKHIR...!



    Sedar tak sedar dah sebulan seminggu berlalu... Rasa terlalu cepat masa berlalu bila bercuti nie.. Bila cuti dah berakhir pasti semester baru akan muncul.. kelas akan bermula..assigment akan diberi...



    Semester lepas telah memberi kesan yang amat mendalam bagi diri mien.. banyak kesilapan telah dibuat.. telajak perahu boleh diundur,telajak perbuatan ia akan menjadi kenangan.. sama ada kenangan itu kenangan manis atau pahit..

    Walaupun banyak kesilapan telah dilakukan pada semester lepas, ada juga kenangan manis yang mien akan merindui... dalam masa 4bulan sahaja, banyak perkara telah berlaku... Itulah KEHIDUPAN...

    KENANGAN MANIS mien akan ingat Sampai bila-bila dan KENANGAN PAHIT mien akan jadikan pengajaran supaya tidak akan berulang lagi...

    Untuk semester baru ini serta tahun 2013 ini, mien telah berjanji pada diri mien untuk melakukan perubahan walaupun perubahan itu mungkin perubahan kecil... setiap manusia pasti ada keinginan untuk berubah, untuk melakukan perubahan itu bukan senang,kerana persekitaran kita memainkan peranan yang sangat penting.. keazaman yang tinggi diperlukan untuk mengharungi setiap dugaan dan cabaran yang akan dilalui...

    Ini merupakan azam mien bila bukak semester 2013

    • Tak nak datang lewat ke bilik kuliah
    • Tak nak buat kerja last minit terutama ASSIGMENT
    • Tak nak "BERCINTA" (haha..!) LOL
    • Tak nak wujudkan "konterversi" di kolej
    • Ingin mengulangkaji setiap subjek bila abis di ajar oleh pensyarah..
    • Tak nak ada KONFLIK dgn pensyarah
    • Ingin mendapat 3.0 pointer (InsyahAllah)
    Walaupun ada azam yang susah dicapai,tapi mien tetap ingin berusaha..tak dpt tunaikan semua azam itu, atleast salah satu itu akan berjaya...
    Mama & Ayah

    Mama & Abah


    Doa Mama dan Ayah akan membantu anak-anaknya berjaya... Doakan kejayaan dan kebahagiaan mien juga ya... :)

    XOXO
    Yasmien Rahman

    Selasa, 12 Februari 2013

    Cuti CNY di IJOK II

    Hari Kedua

    Aktiviti pada hari kedua bermula dengan mengambil si Fatin Farha di stesen bus "Klang Sentral" pada waktu fajar... 

    Pukul 3 petang kami yang gadis-gadis nie berkaraoke di rumah.. memang melalak terutama si ella lanas...


    Pada petang hari lah aktiviti yang dinanti-nantikan.. akitiviti BERBASIKAL di kampung Bukit Badong...

    Kami Anak Palil 
    FYI, mien dengan fatin je berbasikal.. si ella lanas tak pandai "gatih" so dia kena naik motosikal sebagai penumpang dan adek yana lah pemandu nyeeee....

    Kami berbasikal satu kampung.. Dari Jalan Pakat 3 - Jalan Kubur - Bukit Badung...memang kami pusing-pusing sampai lebam...sampai sakit punggung dan lutut...





    Bila penat bergatih satu kampung, tukar posisi pulak... mien naik motor dan adek naik basikal.. sbb lutut dah longgar kottttt...




    Dah penat , layan cendol di bukit badong... yelah memang penat dan haus kot..dah penat mengayuh masa utk posing posing lah..snap snap snap gambar...




    Kambing Minum Susu Botol...

    Malam hari kami sekeluarga makan ikan bakar di jeram..memang ramai GILER orang dekat sana..kena berbaris panjang untuk pilih ikan jeee.. tunggu masak lagi memang berjam lah.. bila dah berjam kena tunngu, kiteorg jalan-jalan dekat tepi pantai...






    Lepas makan jeeeee terus balik .. dah kekenyangan jadi tidow timeeee.... hahaha
    Hari nie last day di Ijok :(..
    insyahAllah cuti semester lagi kami akan datang lagi disini.. mien maner ada kampung..ijok je kampung mien ada kat malaysia nie...

    XOXO
    Yasmien Rahman
    p/s : cuti semester dah berakhir... jadi  mood "tension" akan kembali lagi


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...